PENGENALAN
Fenomena penggabungan dan pengambilalihan (M&A) ini telah menjadi sebuah senario dalam perkembangan ekonomi Negara. Kegiatan ini yang semakin aktif menjadikan ia sebagai satu akitiviti biasa berlaku pada setiap syarikat yang cuba bertapak di bumi global. Begitu halnya dengan Malayan Banking Berhad (Maybank) yang merupakan sebuah institusi kewangan terbesar di Malaysia yang telah mengambilalih Kim Eng Holdings Ltd selaku broker saham utama di Asean.
Malayan Banking Berhad (Maybank) telah mula bertapak di Malaysia pada 31 Mei 1960 yang di asaskan oleh Khoo Teck Puat selaku Raja Pedagang Malaysia pada masa itu bersama dengan beberapa rakan kongsinya di Kuala Lumpur. Sebagai institusi rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia, Malayan Banking Berhad (Maybank) juga telah mempunyai kepentingan besar dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak syarikatnya Etiqa. Malayan Banking Berhad (Maybank) adalah bank yang mempunyai pengaruh terbesar di Malaysia dengan lebih 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara dan pejabat. Selain itu, Malayan Banking Berhad (Maybank) juga adalah syarikat yang telah tersenarai pada Bursa Saham Malaysia kedua terbesar dalam Bursa Malaysia, dengan modal pasaran lebih RM30 bilion pada pertengahan April 2009. “Kami berada dalam kedudukan baik untuk meraih peluang daripada pertumbuhan berterusan di rantau ini,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Berhad (Maybank), Datuk Seri Abdul Wahid Omar, ketika mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama Maybank bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2011 di Kuala Lumpur.
Kedudukan Malayan Banking Berhad (Maybank) akan lebih utuh di persada global dengan langkah bijak Bank ini yang cuba melaksanakan pengambilalihan sepenuhnya sebuah syarikat broker saham terbesar di Asean, Kim Eng Holdings Ltd.
Kim Eng Holdings Ltd, merupakan syarikat pelaburan broker saham di Asia. Ia telah di tubuhkan pada tahun 1972 dan beroperasi dalam menyediakan perkhidmatan broker saham di Singapura. Kim Eng Holdings Ltd ini yang telah di tubuhkan oleh Mrs Gloria Lee Kim Yew menjalankan operasi utamanya di Singapura dan meliputi liputan rangkaian 10 negara di Asia antaranya ; Hong Kong, Thailand, Philippines, Malaysia, Indonesia, Vietnam, India juga beberapa negara lain seperti London dan New York.
Mengulas mengenai pengambilalihan itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata ia akan menyediakan laluan terbaik bagi Maybank mencapai sasarannya untuk muncul sebagai peneraju perkhidmatan kewangan serantau menjelang 2015. Pengambilalihan itu menjadikan Maybank dijangka muncul sebagai lima syarikat broker teratas di Asean.
No comments:
Post a Comment