SIGNIFIKAN
Signifikan daripada kegiatan penggabungan dan pengambilan ini banyak berkait dengan individu dan sekelilingnya juga khususnya kepada organisasi syarikat itu sendiri. Antara signifikan yang daripada kegiatan penggabungan dan pengambilalihan ini adalah:
Individu :
Sebagai seorang individu dalam kelompok masyarakat tertentu, individu tersebut akan mendapati bagaimana implikasi fenomena (M&A) terhadap kehidupan individu tersebut. Contoh, individu tersebut sebagai seorang pekerja dalam sebuah syarikat, jika kegiatan (M&A) ini berlaku, maka pekerja tersebut akan mendapati pengurangan dalam size pekerja dalam syarikatnya. Perkara ini berlaku kerana, apabila dua firma atau syarikat melaksanakan kegiatan (M&A) ini akan menghasilkan sebuah syarikat yang mempunyai pekerja yang ramai dan mungkin melakukan pekerjaan yang sama. Oleh itu, bagi menghasilkan mutu kerja yang lebih efisien, mugkin sebahagian pekerja harus di buang atau di pindahkan ke bahagian lain. Namun begitu, terdapat juga situasi apabila kegiatan (M&A) dilaksanakan mungkin akan mewujudkan peluang pekerjaan yang baru.
Syarikat atau firma:
Berdasarkan teori kewangan, perlaksanaan (M&A) seharusnya dipandu oleh matlamat meningkatkan nilai firma iaitu selaras dengan matlamat utama firma bagi memasimumkan kekayaan pemegang saham (Mandelker 1974). Maka, kebanyakan keputusan yang dibuat oleh syarikat atau firma tertentu adalah bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan masing-masing. Selain itu, menurut Ravenscraft dan Saherer 1981 serta Herman & Luwenstien 1988, mengkaji perolehan firma selepas penggabungan dan membuat kesimpulan bahawa ; firma yang melaksanakan (M&A) tidak akan memperoleh “operating improvement”. Pembaikan operasi (operating management) ini merupakan satu bentuk pengurusan yang sangat sistematik dan efektif dalam usaha meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
No comments:
Post a Comment