Thursday, February 24, 2011

CHAPTER 1 : MOTIF KAJIAN

MOTIF

Perkukuhkan Polisi Ekonomi Dan Meningkatkan Efisiensi

Motif penggabungan dan pengambilalihan yang dominan di dalam ekonomi dan kewangan ialah peningkatan terhadap kemajuan ekonomi. Motif pencapaian ekonomi menyarankan penggabungan dan pengambilalihan terjadi disebabkan peningkatan ekonomi dua syarikat yang bergabung. Dengan demikian, nilai pada kedua-dua syarikat yang bergabung akan dijangka menjadi tinggi jika dibandingkan dengan nilai mereka sebelum bergabung. Motif ini adalah berkait rapat dengan teori neoklasik dimana pengukuran pencapaian sesebuah syarikat adalah berdasarkan kemampuan syarikat tersebut memaksimakan keuntungan dan nilai syarikat tersebut.

Kuasa Pasaran

Menurut motif kuasa pasaran, syarikat yang bergabung akan mewujudkan kuasa pasaran yang kukuh (Stigler 1950). Jika penggabungan dan pengambilalihan ini melibatkan syarikat-syarikat yang besar, ia akan mewujudkan monopoli dalam pasaran sesuatu barangan atau perkhidmatan. Lagipun, jika terdapat suasana ekonomi yang berskala besar, syarikat yang besar akan menetapkan harga melebihi harga normal. Penggabungan antara syarikat besar hingga menimbulkan monopoli ataupun kuasa pasaran yang kuat akan menyebabkan syarikat kecil mempunyai sekatan yang agak besar untuk menembusi pasaran yang ada.

Motif Spekulatif

Disebabkan oleh pulangan jangka masa panjang, sesetengah penggabungan dan pengambilalihan terjadi atas dasar motif spekulatif (Gort 1969). Hal ini mungkin mewujudkan perbezaan yang signifikan terhadap jangkaan nilai semasa diantara pemegang saham semasa dengan pemegang saham yang berpotensi untuk membeli saham syarikat. Jangka masa dimana berlakunya kejatuhan dalam ekonomi akan menyebabkan perbezaan yang dimaksudkan.

No comments: