PENGENALAN
Dalam menongkah pascamodenisme pembangunan ekonomi yang sejajar dengan globalisasi dunia masa kini, Malaysia telah menyusun strategi bagi memangkin sebuah anjakan paradigma yang akan memacu ekonomi negara mencapai wawsan 2020 seperti aforisme yang acap kali diperkatakan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
Bertetapan dengan itu, langkah Bank Negara menggalakkan penggabungan syarikat kewangan tempatan dan menetapkan 31 Mac sebagai tarikh akhir bagi penggabungan syarikat-syarikat tersebut adalah satu usaha ke arah itu. Penggabungan dan pengambilalihan (M&A) syarikat-syarikat kewangan ini mempunyai beberapa manfaat yang ketara. Yang jelas, melalui aktiviti ini, institusi kewangan tempatan dapat meningkatkan ketahanan dan daya saing bagi berhadapan dengan suasana liberalisasi sektor perkhidmatan di bawah Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang dipetik dari Berita Harian berkata kegiatan (M&A) melibatkan syarikat dalam sektor telekomunikasi dan kewangan diikuti oleh utiliti, perindustrian dan hartanah. Dalam penjelasan beliau, “aktiviti begini akan membuka peluang syarikat tempatan kepada pertumbuhan global yang menawarkan peluang perniagaan yang lebih luas berbanding peranan tempatan yang semakin terhad aktiviti perniagaannya”.
Selain itu, penggabungan dan pengambilalihan (M&A) institusi kewangan ini juga dapat mewujudkan sekumpulan institusi teras (core institutions) yang mempunyai asas modal yang besar. Pada masa yang sama, institusi kewangan yang bergabung juga dapat menikmati faedah-faedah skala ekonomi (economies of scale) seperti penjimatan kos dan peningkatan kecekapan operasi. Aktiviti ini juga membolehkan institusi kewangan lebih bersedia untuk menghadapi kesan kemelesetan ekonomi negara.
"Sungguhpun jumlah urusniaga jatuh 30% berbanding dengan 2009 tetapi dari segi nilai adalah lebih tinggi berbanding RM38 bilion yang dicatat pada 2009. Oleh itu, 2010 lebih hampir kepada tahap normal kegiatan M&A di negara ini, yang berada di puncak pada 2007 dengan urusniaga bernilai RM146 bilion. Kita akan menyaksikan kegiatan M&A yang lebih rancak di negara ini berikutan pemulihan ekonomi" kata ketua ekonomis RAM Ratings Dr Yeah Kim Leng dalam sebuah wawancara terbuka. Maka, tahun 2011 ini, bakal menyaksikan temeterainya kegiatan (M&A) berskala besar dalam beberapa sektor ekonomi Malaysia.
No comments:
Post a Comment