Utusaan Online (02/03/1998)
Ulasan petikan :
Sementara kita menerima baik penggabungan institusi kewangan sebagai satu alternatif bagi mengelakkan sektor ini dikuasai institusi asing, Bank Negara perlu memastikan ia dilaksanakan secara strategik dan dapat mengekalkan rakyat Malaysia sebagai pemegang utama sahamnya.Pengawasan ketat Bank Negara penting bagi menjamin penggabungan ini mampu memantapkan institusi kewangan negara di samping meminimakan kesan negatif yang mungkin lahir daripadanya. Sekiranya tidak, kita bimbang ''yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran''.
myMetro (06/01/2011)
ringkasan petikan akhbar :
Maybank mengambil alih 44.6 peratus ekuiti dalam Kim Eng Holdings Ltd. Ini telah menjadikan Maybank sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat Kim Eng Holdings Ltd. Maybank juga ditawarkan untuk membeli baki ekuiti sebanyak 55.6 peratus daripada syarikat broker saham terbesar di asia itu.
Harian Metro (07/01/2011)
Ringkasan petikan akhbar :
Maybank dijangka bakal muncul sebagai pembroker saham terutama di asia selepas menyelesaikan pengambilalihan Kim Eng Holdings Ltd. yang akan selesai pada mei tahun ini. Pelaburan tersebut melibatkan RM4.26 biliion. Dan jika Maybank telah mengambilalih baki 55.6 peratus ekuiti Kim Eng Holdings Ltd. maka syarikat broker saham tersebut akan terkeluar daripada senarai bursa Singapura.
Berita Harian (22/02/2011)
Ringkasan petikan akhbar :
Maybank peroleh keuntungan bersih yang meningkat bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2010 sebanyak 13 peratus berbanding yang sebelumnya. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyatakan kedudukan Maybank yang semakin kukuh akan bertambah stabil dengan keberhasilan pengambilalihan sepenuhnya Kim Eng Holdings pada mei tahun ini. Dan beliau juga menjangkakan visi Maybank iaitu “muncul sebagai antara peneraju utama sektor kewangan di ASEAN menjelang 2015” bakal tercapai.