SKOP
Terma penggabungan dan pengambilalihan (M&A) merujuk kepada aspek strategi pengurusan dan kewangan korporat dalam pemilikan atau pembelian firma bagi membentuk entiti ekonomi yang lebih kukuh dan besar.
Dalam kajian ini, kami lebih tertumpu kepada aktiviti pengambilalihan di mana ia melibatkan syarikat Malayan Banking Berhad (Maybank ),yang mengambilalih syarikat broker saham dari Singapore, iaitu syarikat Kim Eng Holding.
Pengambilalihan terjadi apabila sebuah syarikat biasanya berskala lebih besar berhasrat menguasai sebuah syarikat lain dan dengan jelas menyatakan pemilikan olehnya terhadap syarikat yang diambilalihnya itu. Penguasaan biasanya dilakukan melalui pembelian saham atau asset syarikat yang ingin diambilalih. Transaksi pembelian selalunya dijalankan secara tunai dan dibayar kepada pemegang saham asal syarikat yang diambilalih. Pengambilalihan boleh berlaku secara sukarela atau pun terpaksa. Syarikat yang mengambilalih akan berkuasa menentukan halatuju dan melantik pihak pengurusan baru syarikat yang diambilalih.
Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat 2 jenis pengambilalihan iaitu pembelian saham dan pembelian aset.
• Pembelian Saham : Pembeli kongsi pembelian saham syarikat yang sudah disasarkan daripada pemegang saham syarikat berkenaan.Pembeli akan mengambil alih syarikat dengan semua aset dan liabiliti.
• Pembelian Aset : Dalam pembelian aset,pembeli akan membeli aset yang telah disasarkan daripada syarikat sasaran.Terdapat kelebihan bagi kaedah ini yakni pembeli boleh “cherry-pick” aset yang hendak diambil atau ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment